SUSUN AKTIVITI ANDA
ISLAND HOPPING
PAKEJ A (Laluan Mendaki & Snorkeling):
Pulau Bohey Dulang: Aktiviti utama ialah mendaki bukit setinggi 600m-700m untuk melihat pemandangan panorama lagun yang ikonik. Kasut bertutup diwajibkan; jika tiada, anda boleh menyewa kasut getah (RM5-RM8).
Pulau Mantabuan & Pulau Sibuan: Sesuai untuk snorkeling dan berkelah kerana airnya yang sangat jernih dan pasir pantai yang putih.
PAKEJ B (Laluan Snorkeling & Resort Water Bungalow):
Pulau Mabul & Pulau Kapalai.
Terkenal dengan hidupan marin yang kaya (muck diving) dan pemandangan resort mewah atas air. Kemasukan ke kawasan resort tertentu mungkin memerlukan bayaran tambahan (sekitar RM50).
PAKEJ C (Laluan Pantai & Snorkeling):
Pulau Mataking, Timba-Timba & Pulau Pom Pom.
Menawarkan kawasan sandbar (beting pasir) yang panjang dan cantik di Timba-Timba, serta peluang melihat penyu dan terumbu karang yang luas.